This website is best viewed at 1280x1024 or higher resolution with IE-7+, Mozilla FF-3.5+, Google Chrome-8.0+

Find out how we achieve both affordability and quality

WRITE TO US OR

SCHEDULE A FREE NO-OBLIGATION

IN-PERSON CONSULTATION

QUESTION? SEND US MESSAGE
Please fill in your detail below




Spam Bot Verification:
Can't read this code? Refresh



Penipuan Rawatan Rambut


Kemungkinan pada masa lalu anda telah cuba untuk melakukan sesuatu mengenai rambut anda yang jarang - anda telah mencuba vitamin, dadah, yang kononnya dipanggil tonik rambut, herba, wap herba, (Seharusnya juga diberi perhatian bahawa tiada satu pun bukti saintifik bahawa mana-mana herba di atas muka bumi ini telah menunjukkan kejayaan dalam merawat rambut gugur), serum, syampu istimewa, terapi cahaya laser, pemindahan rambut (hair transplant) atau juga rambut palsu tanpa jaminan.
Penipuan rawatan rambut gugur ada di mana-mana.
Mereka mahukan wang anda.
Mereka menggunakan perkataan paling licik yang dapat dibayangkan untuk membuat anda berfikir bahawa produk mereka boleh membantu dalam masalah rambut yang jarang, memperlahankan keguguran rambut atau merangsang pertumbuhan rambut.
Mereka bertaburan di Internet.
Mereka berusaha melalui salun.
Mereka mengiklankannya ke seluruh negara di kaca TV, melalui radio dan di dalam majalah.
Ramai lagi yang akan muncul dan tiada siapa boleh menghentikan mereka.
Dari segi undang-undang, media tidak bertanggungjawab.
Kerajaan tidak dapat melindungi anda.
Semuanya terpulang pada anda...
Taktik jualan yang menyalahi undang-undang dan tingkah laku yang tidak beretika tersebar luas.
Pelanggan terus ditipu, supaya kuota jualan mereka dipenuhi.
Iklan palsu adalah perkara biasa dan sesetengah klinik/salun/pusat rawatan rambut berbelanja berjuta-juta dolar setiap tahun dalam mengeluarkan iklan yang mengelirukan dan memperdayakan.
Sesetengah doktor yang tiada kepakaran dalam bidang ini telah memberi pengertian yang salah kepada pelanggan tentang cara rawatan rambut.
Pembedahan Pemindahan rambut adalah satu industri berbilion-bilion dolar yang tidak terkawal sama sekali.
Berbanding mana-mana bidang perubatan yang lain, industri pemindahan rambut terkenal kerana keadaannya yang kotor dan rasuah.
Perniagaan rawatan rambut gugur sentiasa menjadi tumpuan penyangak, penipu dan penyamar doktor dan Pembedahan Pemindahan Rambut juga tiada bezanya.
Artikel terbaru dalam New York Times menyifatkan Pemindahan rambut sebagai "Wild West of medicine" untuk menggambarkan bahawa keadaan yang benar-benar tidak mematuhi undang-undang industri ini.
Agensi-agensi kerajaan enggan atau tidak dapat mengawal industri ini.
Pelanggan yang tidak berpuas hati terpaksa menguruskan masalah ini sendiri, melalui tuntutan mahkamah atau dengan cara yang lain.
Dan orang ramai mestilah mendidik diri mereka sendiri supaya dapat melindungi diri mereka daripada orang yang tidak beretika ini dan juga klinik/salun/pusat rawatan rambut yang sentiasa mencari mangsa.
Anda mungkin telah berbelanja beribu-ribu ringgit  hanya untuk kelihatan cantik/tampan - hanya untuk dikecewakan berkali-kali.

Sila terus membaca untuk melindungi diri anda menjadi mangsa penipuan ini.

Pernahkah pendandan rambut anda menawarkan anda posyen ajaib, losen atau syampu untuk rawatan rambut gugur?
Pernahkah anda melihat pil atau produk  dijual di Internet atau kedai yang menjanjikan dapat menghentikan keguguran rambut, merangsang pertumbuhan rambut atau menyembuhkan masalah kebotakan?
Sudah tentu anda pernah.

Pendedahan Pelanggan:

1. Baru-baru ini saya memfailkan tuntutan di Tribunal. Kes tersebut memihak kepada saya. Saya telah menandatangani perjanjian dengan pusat rawatan rambut. Di bawah S112 Akta Perlindungan Pengguna, Tribunal mempunyai kuasa untuk membatalkan kontrak yang ditandatangani di antara pengguna dan syarikat. Oleh itu, bagi kes saya, Presiden Tribunal telah membatalkan perjanjian tersebut disebabkan oleh perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan bayaran yang telah dibuat. Perkhidmatan dan rawatan daripada pusat rawatan rambut tersebut tidak berkesan dan mereka telahpun memulangkan semula bayaran kepada saya – Azman – 04/05/09

2.Saya telah ditawarkan rawatan rambut percuma selama satu tahun. Pusat rawatan telah mengambil gambar bahagian kepala saya yang botak (sebelum rawatan) dan menyuruh saya memakai rambut palsu (selepas rawatan) untuk disiarkan di media dan iklan. Selepas beberapa bulan, saya melihat gambar saya muncul di dalam iklan. Iklan mereka sebelum dan selepas rawatan adalah untuk mengelirukan orang ramai – John Khoo – 17/07/11 )

3.Walaupun setelah menjalani rawatan rambut hampir 2 tahun, saya tidak nampak keberkesanannya. Malah mereka menawarkan saya rambut palsu dan menawarkan RM5000 untuk muncul di iklan. Saya tiada pilihan dan menerima tawaran tersebut kerana saya telah kerugian hampir RM16000 disebabkan oleh penipuan rawatan rambut gugur ini. Mereka mengambil gambar di bahagian kepala saya yang botak sebelum dan selepas memakai rambut palsu. Ia bertujuan bagi mengelirukan orang ramai tentang berkesannya rawatan mereka. Penipuan besar untuk mengaut keuntungan dengan mudah –Tony Lee –Selayang –12/02/10.)

4.Saya telah mendaftar dengan salah satu daripada pusat rawatan rambut yang ditubuhkan di KL. Saya tertarik dengan iklan mereka di media. Saya ingin mencuba rawatan tersebut. Saya membawa kawan saya bersama supaya beliau boleh mengambil gambar bahagian kepala saya yang botak yang perlu dirawat dengan rawatan herba mereka. Beliau mengambil gambar setiap kali saya menjalani rawatan. Setelah menjalani lebih daripada 40 kali rawatan, saya tidak nampak apa-apa kesan. Saya menuntut semula bayaran penuh dengan kos kerugian lain. Saya menunjukkan semua gambar sebagai bukti. Saya memberitahu jika mereka enggan membayar balik, saya akan membawa kes ini ke media tempatan dan akan memfailkan kes ke tribunal kerana mengelirukan orang ramai. Mereka menawarkan rambut palsu. Saya tidak bersetuju. Akhirnya, mereka kembalikan semula wang saya – Kamil – Keramat, KL – 05/04/10.

5. Saya kerugian beribu-ribu setelah mendapat rawatan di yu...care.  Menyesal betul.... Jamal dari Pandan Jaya- 23/04/12

Kebanyakan pusat rawatan rambut mendakwa mereka adalah rangkaian antarabangsa. Jika seseorang melihat iklan mereka, perniagaan mereka terdapat di negara Cina, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Brunei. Persoalannya di sini, mengapa pusat-pusat rawatan ini tidak memasarkan produk rawatan keguguran rambut mereka di negara-negara lain contohnya Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Jepun atau negara-negara lain. Kenapa? Ini kerana Amerika Syarikat, Australia dan negara-negara lain tidak akan mengeluarkan apa-apa lesen perniagaan jika tiada bukti bagi menyokong dakwaan mereka tentang keberkesanan rawatan keguguran rambut mereka. Ini semua adalah penipuan!!! Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan mengambil tindakan tegas ke atas isu ini.
J.Jay- Pemilik Farmaseutikal -12/07/11

Akta S112 :Pengguna juga boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna bagi membatalkan perjanjian yang di tandatangani. Di bawah S112 Akta Perlindungan Pengguna, Tribunal mempunyai kuasa untuk membatalkan kontrak yang di tandatangani di antara pengguna dan syarikat.

Gambar-gambar yang muncul dalam iklan sebelum dan selepas rawatan  adalah satu penipuan.
Saya  merujuk pada  iklan yang di siarkan di akhbar tempatan,  sebelum dan selepas rawatan.



Apabila saya bertanya kepada Y...N .... (pusat rawatan) jika saya dapat melihat sendiri N nama pelanggan ..... yang muncul dalam iklan sebelum dan selepas rawatan, mereka enggan melayan permintaan saya.

Mereka meminta saya untuk menonton di  TV  untuk testimonial mereka, yang saya tidak dapat menerima kerana media hanya berminat membuat keuntungan.


Semua gambar yang terdapat dalam iklan, jelas ia menunjukkan pelanggan memakai rambut palsu atau memotong rambut mereka  nipis dan mengambil gambar  mereka sebulan kemudian seoleh-oleh rambut mereka kembali pulih.

Mr. Lim  - Selayang- 14-05-2012

Kakitangan  dari  Taiwan S ..... Co  telah didakwa atas tuduhan penipuan kerana didakwa menjual produk syampu biasa dengan tiada bukti  perubatan untuk penyemburan rambut pada harga yang mahal .

Semalam Pejabat Pendakwa Daerah Taipei mendakwa pemilik syarikat itu, Chen Ying-chi (陈颖), 48, dan empat pegawai-pegawai syarikat.
Kata pendakwaraya,  S ......Co,  telah menjalankan tujuh kedai di Taiwan sejak tahun 2005. Syarikat itu menjual 47 rambut kesihatan yang sangat mahal dan produk pemulihan rambut  dengan  menawarkan pakej pertumbuhan rambut  kesihatan dan rawatan susulan.
Kata pendakwaraya , pelanggan  yang bernama  Soong (
), 24, telah membelanjakan lebih daripada NT $ 460.000 pada S ..... untuk  produk dan pakej rawatan susulan, tetapi mendapati tidak mempunyai kesan ke atas untuk  menyembur rambut  kembali.
 Soong kemudiannya memfailkan tuntutan mahkamah penipuan dengan Pejabat Pendakwa Daerah Taipei terhadap syarikat itu.
 Kata pendakwa raya,  pelakon dari  Hong Kong  Waise Lee (
李子雄) telah diupah untuk menyokong produk dalam iklan mereka.
 Menurut mereka ,  Lee, yang mempunyai masalah keguguran rambut, memakai rambut palsu untuk membuktikan rambutnya telah kembali pulih.
 Menurut Pendakwa raya,  mereka percaya syarikat itu mungkin mempunyai penipuan yang berterusan..
 Kata pendakwa raya, seorang lelaki bernama Wang (
) di upah oleh  S ...... untuk iklan produk mereka. Syarikat itu didakwa memfilemkan  seorang lelaki selepas dia memotong rambut supaya ia kelihatan seolah-olah dia mempunyai rambut yang kurang dan kemudian difilemkan dia satu bulan kemudian selepas rambutnya telah tumbuh semula.


 Ia nya  direka untuk meyakinkan  orang ramai,  menurut pendakwa raya syarikat itu mempunyai pelakon**** dan  pengacara  TV 
Hsu Nai-lin  mempromosikan produk syarikat.

sumber :http://www.taipeitimes.com/News/taiwan/archives/2012/05/01/2003531722

Pembedahan Rambut (hair transplant) - Firdaus / Hairsetup

Saya ada segelintir pelanggan yang datang untuk tempah rambut palsu setelah mereka mendapat pembedahan rambut(hair  transplant). Kulit kepala pelanggan saya hampir cacat, parut dan kelihatan begitu buruk.

Akhirnya, mereka meminta saya membuat  tempahan rambut palsu.

Apa yang di lakukan oleh doktor pembedahan rambut, mereka akan memotong satu lapisan rambut di belakang  yang lebat dan di tanam di bahagian atas yang tiada rambut.  Ia nya  sudah mengubah dari yang asal.

Pembedahan rambut sebenarnya satu penipuan.  Mengubah keadaan yang asal yang di cipta oleh Tuhan kepada bahagian lain, memberi impak yang buruk.

Walaubagaimanapun pembedahan untuk memulihkan kecacatan atau menggantikan anggota yang tidak berfungsi adalah harus.

Jadi, sebelum anda ingin mendapat pembedahan rambut, fikirkan impak yang buruk akan di tanggung selama-lamanya.

Berikut adalah gambar-gambar yang meninggalkan parut setelah mendapat pembedahan rambut.

'Tepukau' yu....lesap hampir 25k

Januari 2012 akibat tak tahan dengan godaan dan pujuk rayu amoi yu.... lesap duit aku dkt 25k kisahnya bermula macam ni.

tengok iklan tv macam best sgt y.... ni.aku x la botak cuma rambut gugur sikit risau takut botak try masuk tanya2 yu... ioi puchong.dia suruh masuk bilik tanya dgn pakar.proses mula scan,dia ckp kulit kpala aku teruk kena kelemumur kena buat rawatan segera boleh cuba percuma je.

aku pun ikut masuk bilik rawatan.selepas buat memang nampak perubahan agaknya sebab kulit kepala masih basah x nampak la kelemumurnya.

teruja dgn rawatan percuma dia sarankan aku amik pakej 3 kali rawatan rm3600 mula minggu dpn aku terus setuju n bayar dibagi produk guna kat rumah.

pegi mimggu dpn scan lagi dia ckp rawatan yg dibagi x sesuai sebab tiada perubahan.aku kena amik rawatan lain rm 11k(sebelas ribu)kalu x amik memang tiada perubahan.mula la aku rasa mcm x kena duit dah keluar 3600 kalu x tambah kang rugi jenuh pikir.setelah dipujuk rayu dgn bermacam2 cara antaranya 11k ni dah diskaun 9k sebab time tu GM dia ada kt situ so aku paling bertuah sbb dpt pakej GM aku terpukau dgn ayat2 dia aku pun setuju tapi aku ckp x de cash kt bank ada la.........

....Setelah itu sampai harini aku x pegi sambung rawatan.aduhh..sedih aku pikirkan mudahnya aku terkena yg pasti aku rasa mcm dipukau so kalau sapa2 yg nak p yunnam bacalah apa2 yg patut.

Skg aku tg buat proses tribunal harapnya dapat balik duitaku dah siap tribunal nanti aku post lg kat sini hasil tribunal.

sila baca sini

Habis RM17,000 rawat rambut

 


 
MAHATHIR menunjukkan pakej rawatan rambut yang ditawarkan oleh pusat rawatan rambut Yu  .....Hair Care di George Town semalam.
 

GEORGE TOWN – Berhabis sehingga RM17,000 bagi merawat masalah rambut, namun hasil yang diperoleh mengecewakan.

Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan pusat rawatan rambut Yu.....Hair Care, juruteknik sebuah kilang di sini, Mahathir Taib, 24, memfailkan kesnya ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini pada bulan lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Presiden TTPM, Datuk A. Mutalib Mohd. Razak mengarahkan pusat rawatan rambut itu membayar ganti rugi RM1,500 serta memberikan 12 rawatan rambut percuma kepada Mahathir.

Dua wakil Yu...... Hair Care turut hadir pada perbicaraan itu.

Dalam tuntutannya, Mahathir dari Sungai Petani, Kedah mendakwa tidak berpuas hati selain berasa terpedaya kerana tidak diberi penerangan yang jelas berhubung rawatan yang diterimanya.

Mahathir memberitahu, semasa pertama kali dia berkunjung ke pusat rawatan itu di sebuah pusat beli-belah di Bukit Mertajam dekat sini pada Oktober tahun lalu, dia diberitahu masalah rambutnya boleh dirawat lalu jururunding di situ menawarkan pakej rawatan berharga RM1,500.

Untuk pakej itu, dia menerima 10 kali sesi rawatan rambut menggunakan formula herba termasuk empat botol produk berharga RM216.

sumber dari : http://akunilam.blogspot.com/2010/10/yun-nam-tipu.html


Rawatan rambut: Tribunal arah bekas VC, isterinya dibayar RM14,986

PUTRAJAYA, 23 Feb — Tribunal Tuntutan Pengguna hari ini memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yu *** Na** Hair Care Sdn Bhd membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu Profesor Emeritus Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan isteri.

Presidennya, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan itu selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Dr Sulaiman yang berpuas hati dengan keputusan itu berkata beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd Noor bersetuju mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan, setelah dimaklumkan mereka mempunyai masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur.

Pasangan itu juga membayar RM2,776 bagi membeli beberapa produk seperti set losyen penyubur dan pembersih rambut ketika sesi rawatan percuma di Mid Valley pada Mei lepas.

“Selepas rawatan itu, dia (Yu** Na** Hair Care) meminta kita untuk menambah program lain yang berjumlah RM15,000 lagi. Saya berasa bahawa ia tidak wajar. Saya berhenti dapatkan rawatan dan meminta tidak lagi memotong wang melalui kad kredit, tetapi pemotongan diteruskan.”

“Saya menulis dua pucuk surat, tetapi mereka tidak jawab. Jadi, saya bawa ke tribunal,” kata Dr Sulaiman, yang juga Felo Penyelidik Utama Universiti Putra Malaysia, kepada pemberita hari ini. — Bernama

 

Sumber :http://www.utusan-malaysia-online.com/rawatan-rambut-tribunal-arah-bekas-vc-isterinya-dibayar-rm14986

PS: Saya selalu melihat mereka yang tubuh badan sihat di gym dan mengamalkan makanan yg sihat  tapi botak . Apakah mereka ini kekurangan nutrisi? Anda ada jawapan utk soalan itu - Firdaus-Hairsetup

di tipu YU.......rawatan penumbuh rambut
aritu dapat promotion yu... ni
RM10 untuk buat 1 kali consultation masalah rambut, 1 bottle tonic 120ml, plus pakej rawatan penumbuh rambut.

1. bayar RM10 untuk pakej promotion
2. call cawangan untuk buat appointment
3. datang ke cawangan yu......untuk ambik pakej promotion tu

then aku pun pegi sana
sampai sana, dorang periksa rambut saya untuk memecahkan masalah kesihatan rambut, then buat treatment...
on the way treatmen tu, saya dipanggil manager dia untuk ikut dorang punya pakej rawatan rambut (RM9,+++) untuk 6 bulan rawatan 1x/week
diminta untuk buat 2 tahun rawatan

tak nak ikut, tapi dia paksa jugak (setengah paksa)
risau rambut dibagi toxic, terpaksa cari jalan lain,
aku cakap yang aku tunggu confirmation husband, pasal cost mahal.

manager tu paksa jugak,
last sekali, ikut dia beli satu set product dia tu RM660, tapi 3 product tu dia cakap jangan guna...
pastu di minta saya secara paksa (sikit) untuk ikut setengah pakej rawatan RM4,9++

sila baca sini


Hati-hati dengan promoter hair care

Kejadian bulan lepas, saja nak share cerita. Kalau pergi mana-mana shopping complex, mesti ada booth2 kecil dan dilengkapi dgn 2-3 org promoter. Ada sorang promoter ni yg promote hair care system, disebabkan member aku kata rambut aku dah jadi mcm zidane, promoter tu panggei aku pun pegi la.. dia ckp "abang nak free tak shampoo hair loss, plus kita bg free treatment rm100, just bayar 20 shj harini", mesti la nak.. so kena isi borang dan dtg ke hair care centre di times square.

Bila datang, memang dapat treatment, mcm biasa ja basuh rambut gitu2. Lepas tu dia buat scanning analisis. Masa nak balik tu nak dekat sejam dia bg ceramah, last2 dia suruh buat treatment rambut seminggu sekali selama 3 bln. So aku tya harga brapa, bukan rm1000, bukan rm2000 tp rm5000. So aku tolak cara baik, lg pun ni 1st time dtg hair care centre, kena lg 1/2 jam ceramah, siap dia panggil kawan/boss dia basuh aku cukup2 suruh buat treatment, siap paksa aku swipe cr card aku... fuh mmg pengalaman ngeri..:mad: .. last aku mula bersuara lepas dorang dah abis ckp.. dan terlepas dr dugaan.. memang senang nak masuk tp susah nak kluar, cuba la.. dgn harga tak masuk akal, yu...n yg famous pun lg murah berganda2 dari tu

saranan kepada semua, jaga2 la dgn offer2 yg tak masuk akal, confirm ada udang sebalik mee sedap. Depa berselindung disebalik gaya professional..

baca la karangan ku ini

sumber dari :http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-154092.html

Hormon memainkan peranan yang dominan apabila bercakap mengenai Botak Androgenik (Androgenic Alopecia). Lelaki dan wanita mengeluarkan hormon testosteron, Testosteron boleh ditukar kepada dihydrotesterone (DHT) dengan bantuan enzim 5-alpha-reductase. DHT mengecutkan folikel rambut menyebabkan membran di kulit kepala menebal, menjadi tidak elastik dan menyekat aliran darah. Ini menyebabkan folikel rambut mengecut. Hasilnya, apabila rambut gugur, tiada rambut baru tumbuh. Jadi, berhenti membazirkan wang anda dengan produk palsu yang terdapat di pasaran yang mendakwa boleh menghalang keguguran rambut, menyembuhkan masalah kebotakan dan merangsang pertumbuhan rambut. Faktor keturunan juga menyumbang keguguran rambut.

Dapatkan nasihat dari pakar bertauliah perubatan profesional yang diiktiraf  (www.dermatology.org.my). Mereka adalah orang yang paling sesuai untuk mendapatkan nasihat dan bukannya dari pusat rawatan rambut, kelab rambut ataupun salun. Pusat rawatan, salun atau kelab rambut tidak mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menyokong dakwaan mereka bahawa produk mereka berkesan dalam mencegah keguguran rambut,  dan merangsang pertumbuhan semula rambut. Perjanjian juga memerlukan syarikat-syarikat untuk memulangkan semula bayaran penuh kepada pengguna jika memberi gambaran yang salah mengenai produk mereka.

 
Jika anda membelanjakan beribu-ribu ringgit tanpa mendapat sebarang hasil.
Failkan aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  atau  Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional untuk menuntut kembali wang yang anda perolehi dengan sukar.
Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan Amerika Syarikan secara mentah-mentah berkata, "Tiada krim, losen atau alat yang dijual di kaunter yang boleh merangsang pertumbuhan rambut baru atau menyebabkan rambut menjadi lebih lebat."
Agensi itu memberi amaran bahawa ubat merangsang pertumbuhan rambut dan penipuan kesihatan yang lain membazirkan berbilion dollar.
FDA dan komuniti perubatan yang telah mantap dan persatuan keguguran rambut yang diiktiraf di seluruh dunia hanya memperakui 4 sahaja, kami ingin menyatakan sekali lagi bahawa hanya 4 rawatan rambut gugur.
Ia terdiri daripada:
Minoxidil
Finasteride.
Dutasteride (sama seperti Finasteride)
Wig atau Rambut Palsu
Nota: Minoxidil kadangkala tersalah eja seperti "minoxidol or minoxidal")
 

Pada 6hb Januari 1998, Peguam Negara di Pennsylvania Mike Fisher dari Biro Perlindungan Pengguna mencapai penyelesaian dengan ahli telepasaran kebangsaan dan pembuat syampu "Rambut Semula Jadi".

Sembilan orang Peguam Negara mengatakan bahawa promoter dan pengeluar tidak mempunyai cukup bukti saintifik untuk mengesahkan dakwaan bahawa syampu "Rambut Semula Jadi" boleh mencegah keguguran rambut, menyembuhkan masalah kebotakan dan merangsang pertumbuhan rambut semula.
Di bawah syarat-syarat penyelesaian, promoter dan pengeluar bersetuju untuk mematuhi peraturan perlindungan pengguna dan undang-undang makanan dan dadah pada masa hadapan.
Melalui perjanjian itu, syarikat juga perlu membuat bayaran balik penuh kepada pengguna.
Negeri lain yang diyatakan dalam penyelesaian ialah Arizona, California, Illinois, Massachusetts, New York, Texas, Vermont dan Wisconsin.
Pemfailan Pennsylvania telah dikendalikan oleh Timbalan Peguam Negara Jesse Harvey dan Marcia Telek.
Sumber :hairsite.com
Mereka menggelar diri mereka sebagai Ahli Trikologi profesional (saintis rambut) di Kelab Rambut, Pusat Rawatan Rambut atau Kelab Kesihatan.
Jangan biarkan diri anda terpedaya dengan penipuan seperti ini.
Minta mereka menunjukkan sijil atau dokumen yang berkaitan.
Jika mereka gagal menunjukkannya, sila buat laporan kepada pihak berkuasa.
Walaupun mereka menunjukkan sijil, baca dengan teliti dan catatkan perkara yang tertentu.
Tentusahkan dengan pihak berkuasa sama ada sijil itu tulen atau wujud.
Terlalu banyak sijil palsu boleh diperolehi atau dibeli melalui Internet yang mengelirukan pengguna.
Jadilah pengguna yang bijak dan jangan biarkan diri anda terpedaya dengan taktik seperti ini.
Ahli Trikologi profesional, TIDAK PERNAH mengesyorkan tonik rambut, herba, syampu khas atau sebarang rawatan perubatan yang tidak mempunyai kelulusan daripada FDA, Terbukti Secara Klinikal atau kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
Amalan seperti ini tidak beretika.
Jika anda terlihat produk yang secara terang-terangan memberi gambaran yang salah, maklumkan kepada agensi ini dengan segera.
Rawatan: Pengelupas Kulit Kepala, yang dianggap sebagai pengaktif folikel, yang dianggap sebagai analisis kulit kepala menggunakan berkomputer, analisis tungau folikel demodeks, mikro-peredaran kompleks zat makanan, mandi wap herba dan banyak lagi perkataan yang menyeronokkan.
Apakah ia benar-benar berhasil atau penipuan?
Anda nilailah   sendiri.
 
Jika anda membelanjakan beribu-ribu ringgit tanpa mendapat sebarang hasil.
Failkan aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  atau  Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional untuk menuntut kembali wang yang anda perolehi dengan sukar.
 
10 Penipuan Rawatan Rambut Gugur yang paling popular - (Mesti Baca)
Bagaimana hendak mengesan penipuan rawatan rambut gugur.
Jelas menyakitkan.
Penipuan yang jelas adalah berdasarkan pada penjelasan yang gila mengenai keguguran rambut.
Mereka akan beritahu anda perkara-perkara karut yang menyebabkan rambut anda gugur dan menawarkan produk mereka sebagai penyembuh.
Anda telah membaca "Fakta ringkas mengenai keguguran rambut"?
Baca ia sekali lagi.
Kini anda telah tahu 95% penyebab keguguran rambut, anda akan mengesan mereka ini awal-awal lagi.
 
Tidak terlalu ketara.
Penipuan yang lain lebih sukar untuk dikesan.
Berhati-hati.
Mereka bermula dengan kebenaran.
Mereka sebenarnya memberi anda fakta mengenai keguguran rambut.
Ianya seperti pelukan yang mesra.
Ianya menjadikan anda kurang berhati-hati.
Kemudian mereka akan tawarkan produk mereka sebagai pemyembuh yang berpotensi.
Perhatikan dengan teliti dan anda akan nampak bahawa produk mereka tiada kaitan dengan penyebab.
Ia satu penipuan.
 
Ujian muktamad.
Sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan.
Dakwaan tidak bernilai tanpa ujian.
Ujian membuktikan keberkesanan produk.
Apabila sebuah syarikat menyatakan bahawa produk mereka dapat menghentikan keguguran rambut, merawat masalah rambut jarang atau merangsang pertumbuhan rambut, telefon mereka.
Minta "maklumat ujian produk" daripada mereka.
Jika mereka enggan, tinggalkan.
Jangan beri wang kepada mereka.
Jika anda menerima maklumat ujian produk atau sebarang rujukan kepada artikel jurnal perubatan, ambil ia dan baca Kursus Kilat Klinikal.
 
10 Penipuan Rawatan Rambut Gugur Paling Popular.
Cerialah.
Kini anda dan sesiapa sahaja telah mengetahui kebenarannya, kita semua boleh ketawa nanti jika melihat dakwaan tak berasas yang bermula dengan…
 
1) Folikel anda tersekat!
Rambut anda sudah hendak keluar tapi folikel anda tersumbat.
Beli Syampu Luar Biasa kami dan cuci rambut anda.
 
2) Peredaran darah anda tidak baik.
Apa yang diperlukan oleh kulit kepala anda ialah lebih banyak darah.
Pada ketika itu, rambut anda boleh tumbuh.
Jika kulit kepala yang botak sudah tentu berdarah dengan banyaknya apabila dipotong tapi jangan pedulikan tentang ini.
 
3) Folikel anda tidak seimbang pemakanannya! Vitamin dan tambahan pemakanan bukannya cara untuk mengatasi keguguran rambut.
Lagi pun, terdapat ramai orang botak di kedai makanan kesihatan.
 
4) Ianya bukan dari Amerika Syarikat!
Ianya dari Eropah! Ianya dari China!
Maka, ia mesti dapat merangsang pertumbuhan rambut.
Amerika Syarikat menyembuhkan polio dan menghantar orang ke bulan - tidak guna! - nampaknya kita tak dapat bersaing  dengan negara luar dan penawar keguguran rambut mereka yang menakjubkan.
 
5) Ianya benar-benar lama! Ianya remedi purba.
Ianya sangat lama dan kita hampir terlupa mengenainya.
Tiba-tiba, kita teringat mengenainya.
 
6) Formula yang memenangi anugerah! Oscar?
Grammy?
Apakah anugerah yang mungkin diterima?
Penipuan?
 
7) Testimonial tanpa nama!
Pelanggan kami, J.R. telah mencubanya dan J.R. fikir dia telah melihat rambut yang lebat di dalam cermin.
Lupakan semua perubatan dan jurnal penyelidikan itu - Jika J.R. fikir dia melihat rambut yang lebat, semestinya ia adalah penyembuhan untuk masalah kebotakan!
 
8) Serangga! Serangga sedang makan rambut anda!
Serangga yang menjadi persoalan adalah kutu yang dikenali sebagai Demodex Follicularum.
Sains telah mengetahui tentangnya sejak tahun 1840an.
Kutu ditemui pada semua orang dewasa di dalam semua folikel rambut di seluruh tubuh anda, akan tetapi rambut tumbuh dan subur di seluruh tubuh anda, bahkan ia berada di tempat anda pasti tidak suka.
 
9) Hipnosis diri anda sendiri!
Akhirnya, FDA dapat menghapuskan penipuan beberapa tahun yang lalu tetapi seseorang akan cuba melakukannya sekali lagi.
Hipnosis mungkin membuatkan anda percaya bahawa rambut anda tumbuh tetapi bila saya memetik jari, anda masih botak.
 
10) Penipuan sebenar. Berhati-hatilah.
Penipuan ini adalah penipuan yang paling licik.
Mereka mulakan dengan penjelasan terperinci yang sebenar mengenai keguguran rambut yang sangat sempurna, anda akan beli apa sahaja yang mereka jual.

 

Akhirnya, mereka akan beralih daripada kebenaran kepada penipuan. Mereka mungkin akan menawarkan mana-mana penipuan di atas.

sumber dari :http://www.hairlossscams.com/SpotScams.htm

Pada pendapat saya, sekiranya anda mengambil inisiatif untuk memfailkan aduan  di tribunal maka tiada wujud pusat rawatan rambut yang menipu ini.

Anda juga boleh google untuk mendapat info tentang penipuan rawatan rambut : Google Hair Loss Scam atau  *****( nama pusat rawatan rambut) penipuan rambut di internet.

Kembali ke  Halaman utama